Sponsor kami

Cerita sebenar kejatuhan diktator Romania

Diktator tu adalah Nicolae Ceausescu (Sebutan - shiusesku) yang merupakan diktator/ presiden komunis republik rakyat Romania selama lebih kurang suku abad dari tahun 1967-1989.


Nicolae Ceausescu

Semasa jadi presiden, isteri Nicolaei iaitu Elena Ceausescu menjadi timbalan perdana menteri dan Elena merupakan seorang ahli kimia dan ketika pemerintahannya.

Rakyat Romania wajib memuji Elena sebagai ibu kpd peradaban sains dan kimia.(propaganda komunis)


Elena Ceausescu

Ketika beliau baru berusia 18 tahun, dia sudah disumbatkan didalam penjara diatas gerakan komunis yg dia sertai.

Pada dekad pertama pemerintahan Nicoalei diwarnai dengan 'open policy' dia terhadap Amerika dan negara-negara eropah barat terhadap negara-negara eropah timur. Akan tetapi pada dekad ke-2 pemerintahan dia yang merubah segalanya.

Antara dasar pemerintahan brsama suami isteri ni adalah mengenai kadar kelahiran dan program meramaikan jumlah penduduk Romania.

Setiap wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 org anak, dan jika mempunyai 5 org anak, maka akan diberi keistimewaan. Jikalau 10 org anak, akan diberi lebih banyak ganjaran. Selain itu, penguguran jugak tidak dibenarkan sama sekali ketika itu.

Selain itu juga, antara projek fizikal Nicolaei yg menjadi 'trademark' Romania smpai sekarang iaitu Istana Parlimen Romania.


Istana Parlimen Romania

Lebih 20 buah gereja dan sebilangan 'synagoueg' (kuil) yahudi dan 20000 buah rumah dirobohkan bagi memberi laluan kpd projek mega ni.

Istana ni pernah memegang 'rekod guiness' sebagai bangunan awam kerajaan terbesar dan terberat (dr segi kubik simen dan batu) di dunia.

Dikatakan ketika itu, hutang luar Romania melambung hingga belasan billion US Dollar. Dan untuk membayar balik hutang tersebut, Nicolaei mengarahkan eksport romania ditingkatkan ke tahap maksimum dan ini memaksa rakyat Romania menderita dan kelaparan bila rakyat pun dikerah juga 'bekerja' untuk negara.

Ketika itu juga rakyat terpaksa berbaris panjang dihadapan kedai semata-mata untuk mendapatkan sebuku roti. Walhal propaganda komunis disiarkan yg menunjukkan Nicolaei dan pegawai kerajaan melawat2 kilang2 dan kedai makanan, masih lagi menjual makanan dan bekalan masih mencukupi, dan tujuannya untuk mengaburi mata rakyat.

Detik ni bermulalah Revolusi Romania 1989, apabila rakyat romania yg makin tertekan bangkit tuk memberontak.




Untuk meredakan keadaan, Nicolaei kemudian tampil dikhalayak ramai untuk menyampaikan ucapan di Dataran Istana Parlimen, (sekarang dinamakan dataran revolusi), dan ucapan itu merupakan ucapan terakhir beliau.




Semasa memberi ucapan inilah telah dikatakan jatuhnya maruah beliau apabila rakyat Romania 'boo' dan mengutuk dia secara terang-terangan.

Nicolaei selepas itu, masuk semula ke dalam istana parlimen dan berlindung didalam selama 2 hari bersama isterinya, Elena.

Setelah 2 hari berkurung, pada 22 Disember 1989, Nicolaei dan Elena melarikan diri dengan menggunakan helikopter diatas bumbung Istana Parlimen.



Akan tetapi, pasangan suami isteri ini telah ditangkap di bandar Tragoviste oleh pihak Tentera Revolusi dan dibawa ke mahkamah menggunakan kereta kebal tentera.






Saat-Saat Perbicaraan

Tempoh perbicaraan ni, hanya mengambil masa 2 jam. Dan hasilnya, pasangan ni dhukum mati dengan menggunakan skuad penembak tentera revolusi.

Tuduhan utama terhadap mereka ialah membunuh org awam yg menyertai revolusi untuk menjatuhkan Nicolaei.

Tarikh hukuman mereka adalah pada petang krismas, 25 Disember 1989.


Ketika hukuman dijalankan


Mayat Nicolae dan Elena

Antara kata-kata terakhir daripada elena ketika dia diikat tangan dia untuk dhukum tembak oleh tentera revolusi adalah :

'Apa yg kamu buat ini? Saya adalah 'ibu' kepada kamu semua'

Elena tetap melawan walaupun disaat-saat kematian dan menunjukkan prinsip komunisme pada diri beliau masih kuat.

Nicolaei pula hanya pasrah dan seakan-akan tahu nasib yg bakal menimpa diri beliau.


Nicolaei Ceucescu mempunyai 3 orang anak iaitu 2 lelaki dan 1 perempuan.





Valentin Ceucescu

Valentin masih lagi hidup hingga sekrang, dan merupakan anak sulung bekerja sbgai ahli fizik. Berita terbaru mengenai beliau adalah bila dia menyaman kerajaan Romania kerana selepas jatuhnya zaman pemerintahan ayahnya dan kerajaan Romania mengambil kesemua hasil karya lukisan simpanan dia.

Valentin juga tidak terlibat langsung dngan politik semasa era pemerintahan ayahnya.



Zoia Ceucescu

Zoia pula adalah seorang ahli matematik. Setelah tumbangnya rejim ayahnya dia terpaksa menetap bersama kawan-kawan yang bermakna menumpang umah orang.

Akhir kehidupan Zoia agak menyedihkan. Dikenali dngan sikap kaki botol, mempunyai ramai kekasih gelap dan juga 'heavy smoker', akhirnya dia meninggal dunia akibat kanser paru-paru pad tahun 2006.



Nicu Ceucescu

Anak bongsu Nicolae iaitu Nicu, dikatakan sabagai pewaris 'takhta' Romania dari ayahnya. Seorang kaki judi dan banyak habiskan harta kerajaan dengan berjudi diseluruh dunia.

Nicu akhirnya turut dtangkap selepas 'Revolusi 1989' dan dihukum pnjara 20 tahun. Pada tahun 1992, dia dibebaskan atas alasan penyakit 'cirrhosis' akibat sikap kaki botolnya.

Dia meninggal dunia pada tahun 1996 di Vienna, Austria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...