Sponsor kami

10 kejadian kapal karam paling teruk dalam sejarah

Dunia pernah digemparkan dengan nahas Titanic, sebuah kapal persiaran mewah yang mengorbankan beribu nyawa. Peristiwa nahas kapal Titanic ini juga begitu popular sehinggakan sebuah filem yang dibuat khas untuk membawakan kepada penonton kejadian, perasaan dan kekalutan yang berlaku sehinggalah karamnya kapal Titanic ini.

Walau bagaimana pun, peristiwa nahas kapal Titanic ini hanyalah secebis daripada 10 Kejadian Kapal Karam Terburuk Dalam Sejarah.



10. Mary Rose - 400 Kematian



Mary Rose adalah sebuah kapal perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan meriam di sekeliling kapal. Ianya juga dikatakan sebagai yang terawal dibina untuk tujuan peperangan oleh Royal Navy; dan tidak pernah digunakan untuk tujuan perdagangan.

Pada 1545, King Francis I dari Perancis telah melancarkan serangan terhadap England dengan kekuatan 30,000 tentera serta lebih daripada 200 buah kapal. England pada ketika itu hanya mempunyai 80 buah kapal (termasuk Mary Rose yang dikemudi oleh Armada Sir George Carew) dan 12,000 orang tentera.

Malangnya, Mary Rose telah karam apabila bahagian kiri kapal rosak, dan dipenuhi air apabila ianya cuba melakukan pusingan ke kanan (starboard side) bagi membolehkannya menggunakan meriam di bahagian kanan. Kesemua anak kapal mati kecuali 35 orang terselamat.



9. HMS Birkenhead - 460 Kematian


HMS Birkenhead, juga dikenali sebagai HM Troopship Birkenhead atau Steam Frigate Birkenhead, merupakan antara kapal dengan kerangka besi pertama dibina untuk Royal Navy.

Pada 26 Februari 1852, semasa membawa seangkatan tentera dalam 73rd Regiment of Foot ke Teluk Algoa, kapal ini telah karam di Gansbaai berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Pada ketika itu, bot penyelamat tidak mencukupi untuk menampung kesemua anak kapal. Akhirnya, angkatan tentera tersebut bersetuju agar semua wanita dan kanak2 diselamatkan terlebih dahulu dengan menaiki bot tersebut.

Hanya 193 daripada 643 orang yang berada di atas kapal terselamat.



8. SS Eastland - 845 Kematian



S.S Eastland merupakan kapal penumpang yang berpengkalan di Chicago dan digunakan untuk tujuan pelancongan. Pada 24 Julai 1915, kapal S.S Eastland beserta 2 buah kapal wap (Theodore Rosevelt dan Petoskey) telah disewa untuk membawa pekerja2 Chicago's Western Electric Company ke perkelahan di Michigan City, Indiana.

Bot penyelamat dan segala kelengkapan termasuklah para penumpang, telah menyebabkan S.S Eastland ini mengalami lebihan muatan. Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan kapal, dan bencana berlaku apabila kapal ini telah terbalik dengan secara tiba2 dan menyebabkan sejumlah 841 orang penumpang dan 4 orang krew kapal terbunuh dalam kejadian tersebut.




7. MS Estonia - 852 Kematian


MS Estonia, yang dahulunya dikenali sebagai MS Viking Sally (1990), MS Silja Star (1991) dan MS Wasa King (1993), merupakan sebuah feri yang dibina pada tahun 1979 di German Shipyard Meyer Werft di Papenburg.

Nahas Estonia berlaku pada 28 September 1994 semasa ingin merentasi Laut baltic, untuk perjalanan dari Tallin, Estonia ke Stockholm di Sweden. Puncanya apabila berlaku sedikit kerosakan pelindung kipas (bow visor).

Walau bagaimanapun, apabila diteliti semula, kerosakan tersebut tidaklah begitu ketara, sehinggalah seorang wanita menjerit, "...Häire, häire, laeval on häire...", yang bermaksud "...Amaran, amaran, amaran di atas kapal..." melalui satu talian komunikasi yang terdapat dalam kapal tersebut.

Malangnya, tidak lama selepas itu, kapal tersebut berpusing 30 - 40 darjah ke kanan, menjadikannya mustahil untuk penumpang berada di dalam kapal. Akibat terputusnya bekalan kuasa, kapal MS Estonia ini tidak mampu untuk kembali kepada posisi asalnya, hanya 137 orang daripada 989 penumpang terselamat.



6. RMS Empress of Ireland - 1,012 Kematian


RMS Empress daripada Ireland ini merupakan kapal pengangkut barang yang dibina pada tahun 1905 - 1906 di Fairfield Shipbuilding and Engineering di Scotland untuk Canadian Pacific steamships (CP).

Tragedi berlaku pada 29 Mei 1914, apabila sebuah kapal Norway, Collier Storstad berlanggar dengan sisi Empress. Storsad tidak karam, walau bagaimanapun, pelanggaran tersebut telah menyebabkan sisi kanan Empress rosak teruk. Air memenuhi kapal melalui kerosakan pada sisi kapal, dan karam hanya dalam masa 14 minit.

Seramai 1,012 orang telah mati dalam tragedi ini dan hanya 465 orang terselamat.


5. RMS Titanic - 1,517 Kematian



RMS Titanic merupakan kapal penumpang kelas Olimpik yang dimiliki oleh White Star Line dan dibina di Harland and Wolff Shipyard di Belfast, Ireland. Ianya dibina menggunakan teknologi tercanggih pada ketika itu, dan dipercayai oleh kebanyakan orang, "the unsinkable ship".

Walau bagaimanapun, ianya mengejutkan dunia apabila pada 14 April 1912, sewaktu pelayaran pertamanya, Titanic telah berlanggar dengan sebuah bongkas ais yang sangat besar. Dan ianya telah karam sepenuhnya 2 jam 40 minit kemudian!

Tragedi ini begitu popular kerana status Titanic sebagai "the unsinkable ship" akhirnya mengorbankan sejumlah 1,517 orang dalam satu tragedi yang menyayat hati.



4. Sultana - 1,800 Kematian


Kapal stim Sultana merupakan sebuah kapal kincir air berkuasa stim dari Sungai Mississippi. Letupan pada 27 April 1865 telah memusnahkan Sultana dan direkodkan sebagai yang terburuk dalam tragedi maritim di Amerika Syarikat.

Letupan berpunca daripada kebakaran dari salah sebuah "boiler" sehingga menyebabkan satu letupan yang sangat kuat. Letupan ini begitu kuat sehingga kan penumpang yang berada di atas kapal tercampak ke laut dan memusnahkan sebahagian besar kapal.

Sisa letupan tersebut kemudiannya merebak sehinggakan keseluruhan kapal tersebut terbakar dan menghasilkan nyalaan api yang begitu marak! Nyalaan ini begitu besar sehinggakan ianya mampu dilihat dari daratan Memphis.


3. MV Joola - 1,863 Kematian



MV Le Joola yang merupakan feri milik kerajaan Senegal, telah karam di Perairan Gambia pada 26 September 2002. Ketika itu, Joola dalam pelayaran ke daerah Casamance dan pelayaran rutin antara Selatan Senegal dan Dakar.

Joola dibina untuk menampung 580 orang penumpang sahaja. Walau bagaimanapun, ketika tragedi ini berlaku, Joola telah membawa muatan seramai hampir 2,000 orang! Keadaan cuaca buruk dan berangin, telah menyebabkan feri ini terbalik, dan karam dengan begitu pantas.

Hanya sebuah bot penyelamat yang dinaiki oleh 25 orang sahaja terselamat. Seramai 1,863 kematian telah dilaporkan dalam kejadian ini.


2. Halifax Explosion - 1,950 Kematian



Halifax Explosion adalah satu tragedi letupan sebuah kapal kargo daripada Perancis, Mont Blanc pada hari Khamis, 6 Disember 1917. Tragedi ini telah mengejutkan penduduk di sebuah kawasan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila Mont Blanc yang sarat dengan bahan letupan perang berlanggar dengan sebuah kapal dari Norway dalam kawasan Pelabuhan Halifax.

Letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan seluas 2 km persegi dan mengorbankan lebih kurang 2,000 orang. Tsunami terhasil, kesan daripada letupan kuat tersebut, telah memusnahkan bangunan2, segala pengangkutan darat, pokok2, dan membawa serpihan Mont Blanc beberapa kilometer ke darat.

Sekurang2nya, 9,000 orang tercedera dalam tragedi ini.


1. MV Doña Paz - 4,375 Kematian





Doña Paz adalan feri penumpang yang karam setelah berlanggar dengan sebuah kapal muatan minyak, Vector, pada 20 Disember 1987. Doña Paz ketika tragedi, dalam pelayaran dari Catbalogan di Samar Island, Filipina ke Manila.

Vector yang membawa muatan sebanyak 8,800 barrels produk petroleum. Kargo Vector telah terbakar dan merebak ke Doña Paz, dan menyebabkannya tenggelam dalam beberapa minit sahaja.

Dikatakan, Doña Paz pada ketika itu membawa lebihan penumpang, dan jumlah sebenar kematian mencecah 4,375! Laporan menunjukkan, krew kapal Vector tidak terlatih manakala lesen kapal tersebut telah tamat tempoh. Ianya menjadikannya tragedi melibatkan feri terburuk dalam sejarah dunia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...